Siapa Di Belakang Hitler?

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™




Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya.
Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.

Peringkat-Peringkat Kepimpinan Diktator Hitler
Adolf Hitler adalah seorang tentera biasa yang cuma mempunyai suara yang kuat yang lantang. Walaupun kurang kacak dan tidak tinggi, tetapi kenaikan posisinya dari tentera biasa sehingga menjadi Fuhrer dalam Parti Nazi amat mencurigakan sesetengah pihak.
Kenyataan ahli-ahli sejarah yang dikutip Wikipedia yang mengatakan kepimpinan Nazi memilih Hitler memimpin kerana semangat juang dan kebijaksanaan berpidato langsung tidak boleh diterima. Ia hanyalah kenyataan untuk menutup konspirasi asal bagi merealisasikan semua perancangan Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2.
Hitler tidak sahaja menerajui tampuk tertinggi parti malah berjaya pula memenangkan hati rakyat dan dalam masa yang sama meranapkan parti-parti penentang dengan kejam yakni membunuh mereka sekali gus.
Berikut ialah peringkat kepimpinan Hitler;
  1. Bekerja posmen Kem Infantri Regim Bavaria
  2. Dilantik sebagai Lans Koperal - Pasukan Pertahanan Jerman
  3. Menyertai GWP sebagai perisik
  4. Dipilih memimpin GWP dan bertukar kepada Nazi
  5. Pada 1932, Parti Nazi memenangi majoriti kerusi di Reichstag
  6. Dalam tahun yang sama, Hitler menyebarkan propaganda Parti Komunis
Lelaki-lelaki di belakang Hitler
Maksud di sebalik peperangan ialah kos iaitu kos makan minum tentera, kos pakaian, kos minyak, kos pengeluaran senjata, kos pembinaan enjin, kos gaji buruh, kos gaji jurutera dan sebagainya. Maka Hitler tidak bergerak sendiri atas kebolehan berpidato semata-mata. Kos untuk melaksanakan dasar yang dipidatokannya sudah pun diatur penajanya.
Adolf Hitler sama peranannya dengan Napolean Bonaparte yang menjadi boneka Illuminati bagi mencetuskan peperangan-peperangan yang berterusan. Sebagaimana Napolean, Hitler tidak dapat bergerak tanpa sokongan dari orang-orang ‘besar’ dari belakang. Mereka sudah pastilah billionaire-billionaire yang sudah bersedia menaja segala macam tindak-tanduk Hitler dalam Perang Dunia Ke-2.
Penaja utama yang menerajui persiapan Hitler menghadapi perang sudah pasti Dinasti Rockefeller. Syarikat minyak Rockefeller ketika itu pemangkin utama kerajaan Jerman dalam operasi pemprosesan minyak dan gas bagi kegunaan kementerian pertahan Jerman.
Di dalam laporan dari Commercial Attache, kedutaan Amerika di Berlin pada Januari 1933, Amerika mengakui syarikat minyak Rockefeller menyumbang berbillion-billion dollar keuntungan kepada kerajaan Nazi di Jerman.
Sesuatu yang disembunyikan sejarawan barat ialah Jerman telah mengeksport gas sintetik yang tahan lama untuk digunakan jentera-jentera tentera dalam peperangan besar. Ironiknya, gas sintetik jenis hidrogen itu dihasilkan diimpor oleh Amerika untuk kegunaan makmal milik syarikat minyak Rockefeller di New York. Amerika Syarikat mengimporthampir 85 peratus keseluruhan keluaran gas tersebut dari Jerman pada 1934.
Sebelum berjaya menguasai kepimpinan Parti Nazi, Hitler telah menjemput Rudolf Hess dan Hermann Goering ke rumahnya serta beberapa pemimpin tertinggi parti. Perjumpaan ini didedahkan dalam satu akhbar Jerman iaitu Preussiche Zettung pada 3 Januari, 1937.
Antara lelaki lain yang disyaki membantu Hitler secara individu ialah Sir Henry Deterding iaitu salah seorang CEO Royal Dutch Shell. Hitler dilaporkan menerima sumbangan peribadi daripada Deterding sebanyak 55 juta pound sterling. Deterding juga ketika itu digelar sebagai “The Most Powerful Man in the World” bagi kebanyakan akhbar-akhbar dunia.





Pada 1932, seorang ahli kongress Perancis iaitu Paul Faure telah membongkar kepada akhbar bahawa sebuah firma perniagaan di Perancisi iaitu Schneider-Creuzot telah menyumbang dana rahsia kepada Adolf Hilter. Paul Faure mendakwa Hitler telah menerima sumbangan dana peribadi sebanyak 300,000 swiss gold franc.
Selain itu, seorang ahli perniagaan iaitu Fritz Tyssen dari New York disyaki antara penyumbang dana peribadi kepada Hitler bagi memastikan Hitler menguasai Parti Nazi. Tyssen juga dilaporkan penaja kewangan peribadi kepada agennya di Jerman iaitu Rudolf Hess bagi menyertai rundingan bersama Hitler.
Di antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler bolehlah diringkaskan seperti berikut:
  1. Siemens and Halske (Jerman)
  2. General Motor (Amerika)
  3. Osram (Jerman)
  4. Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)
  5. Royal Dutch Shell (Jerman)
  6. National City Bank of New York (Amerika)
  7. German General Electric (Jerman)
  8. JP Morgan (Jerman)
  9. Ford Motor Company (Amerika)
  10. Bank of Manhattan (Amerika)
  11. Schneider-Creuzot Group (Perancis)
Kesimpulan
Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah agen Illuminati yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti.
Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.
Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis.



Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.

Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.

Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.


sumber: ibnuyaacob.com

Laporan CIA : Israel Akan Lenyap dalam 20 tahun

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™



















Sebuah kajian yang dilakukan oleh badan risikan Amerika (CIA) mengatakan, CIA meragui Israel dapat bertahan selama 20 tahun lagi, menurut laporan dari Press TV.

Pengacara antarabangsa, Franklin Lamb mengatakan bahawa laporan CIA tersebut telah menjangkakan sesuatu yang tidak dapat dihindari lagi tentang "penyelesaian satu negara" yang asal sebelumnya "dua-negara" , iaitu suatu usaha yang dilakukan oleh Washington dan Barat untuk melihat warga Palestin dan Israel tinggal bersama dalam satu tempat.

Laporan tersebut meramalkan akan kembalinya para pelarian Palestin ke kawasan-kawasan asal penempatan mereka seta dijangka berlaku pula pemindahan sebanyak dua juta penduduk Israel yang akan menuju ke Amerika Syarikat dalam tempoh lima belas tahun akan datang.

"Di sana (Amerika) ada lebih dari 500,000 warga Israel dengan pasport Amerika dan lebih dari 300,000 orang Israel yang tinggal di kawasan seperti California", kata Lamb dalam suatu temu ramah yang disiarkan oleh Press TV pada hari Jumaat. Ia menambah lagi bahawa mereka yang tidak mempunyai pasport Amerika akan diberi layanan yang sama oleh Barat.

"Jadi saya merasakan, kelak akan ada tulisan di antara tembok-tembok umum Israel (yang berisi), sejarah akan menolak perusahaan kolonial, baik cepat atau lambat", kata Lamb.

Ia mengatakan, laporan CIA itu juga menyentuh tentang tidak terduganya kejatuhan pemerintahan apartheid (perkauman) di Afrika Selatan dan kehancuran Kesatuan Soviet pada awal 1990-an. Kemungkinan tersebut boleh terjadi, sekaligus akan mengakhiri mimpi (cita-cita) tentang "Tanah Israel" atau impian itu akan "berakhir secepatnya".

Kajian itu juga menjangkakan tentang akan kembalinya lebih dari satu setengah juta warga Israel ke Rusia dan ke beberapa negara Eropah, dan ini merupakan satu kemunduran bagi Israel. Ia dapat dilihat dari jumlah kelahiran dan populasi warga Palestin yang semakin meningkat berbanding warga Israel.

Beberapa anggota Jawatankuasa Senat Risikan Amerika telah diberi informasi berkenaan laporan tersebut, namun masih belum ada sebarang maklumbalas. Tel Aviv sendiri belum memberi apa-apa reaksi tentang kajian ini.

Hishamuddin Rais: H1N1 Konspirasi Kapitalis Buat Duit

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™














Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

  • Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat.
  • Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial.
  • Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi - bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

“There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability”.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.”

“The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin - penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan - inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap - bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

  1. mengurangkan penduduk dunia, dan
  2. menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja - dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan - apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU - akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan - ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran - satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini - atau menganggap ia hanya teori konspirasi - sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

(Dipetik dan disunting dari Malaysiakini.com)

Panji Hitam Ufuk Timur

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™





Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh
ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan
memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak terkalah kerana
mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan
Yahudi laknat yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini

akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita
sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan

hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada
al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam
akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris
Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.









4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)


5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam
datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa
merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu
ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)



8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana
bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dariTimur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW
:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW,

tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim.
Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air
mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami
melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda
menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih

dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa
bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.

(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)





13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin
Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur,
dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW
seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin
menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin
menerimanya. (Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.



15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.
(Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri
berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak
seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi
khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka
membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu
pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh
sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya
ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya,
hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji
kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka
mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.
(At-Tarmizi)





Teori penguasaan hujan oleh Dajjal

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™









Hadith Berkaitan….Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”

Keupayaan Dajjal

Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakan tidak menjadi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.

Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.

“Menerbitkan Matahari Dari Barat”

Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar

Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.

Pengalihan Hukum Peredaran Bumi

Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.

Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.

Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.

Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang atau memaksamembunuh? atau

Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAH itu (akan dibincangkan di bab yang lain).

Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikel rumah pintar, arahan melalui suara).

Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)

Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal

Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.

Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).

Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.

Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;

  • bilangan filem yang dihasilkan.
  • Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
  • Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
  • Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.
sumber:ibnuyaacob.com

Jangan Berfikiran Kolot Tentang Dajjal

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™


Pengenalan

Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolot tentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?

KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya.

Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.

Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.

Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;

A. Gambaran paling kolot !

  • Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
  • Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
  • Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.

B. Gambaran kolot !

  • Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
  • Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
  • Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.

Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”

Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;

A. Penyelesaian paling kolot !

  • Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi
  • Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
  • “Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”

B. Penyelesaian kolot !

  • Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
  • “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”

Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.

Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?

Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.

Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.

Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.

Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.

Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.

Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.

Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya.

Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.

Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.

Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?

Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.

Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam.

Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.

Na’uzubillahiminzaalik…..


sumber:ibnuyaacob.com

Bukti Dajjal Adalah Manusia

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™


Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.

Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.

Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.

Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.

Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah

Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.

Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.

Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.

Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem

Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.

Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1

(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.

Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”

Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”

“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;

“Celaka kamu, apakah kamu ini?”

Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”

Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”

kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”

Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”

Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”

“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”

Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”

(saya ringkaskan hadith ini)

“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”

Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”

“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”

“Ya…”

Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”

“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,

“Apakah tasik itu masih berair?”

(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)

Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh.

Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?

Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”

Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?

Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.

Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?

Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.

Pertama : Hadith-hadith Rasulullah

Kedua : Sejarah dunia.

Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.


sumber:ibnuyaacob.com

Khutbah Terakhir Rasullulah-2 Senjata Terbesar Umat Islam

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™



Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan olh Rasullullah kepada kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.



KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W. KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.



ALLAHUAKHBAR!!!


Kredit to Warfeel...

Asal-usul Dajjal Al-Masih

Posted by [جهاد Cr3w]Faizul™


Satu hari seorang ayah telah bersetubuh dengan anaknya sendiri sehingga lahirlah seorang manusia yang cacat matanya , dan anak ini telah dihanyutkan ke sungai. Dalam perjalanan si cacat mata ini telah berselisih dengan Nabi musa a.s yang juga di hanyutkan oleh ibunya yang bimbang si Firaun laknatullah membunuh anaknya kerana telah kedengaran titah disetiap penjuru alam dari raja yang jahat bahawa sesesiapa yang melahir kanak-kanak lelaki pada tahun ini akan di kenakan hukuman bunuh. Ada versi lain yang mngatakan Dajjal berasal dari satu keluarga yang tiada anak. So bapak ini pun menyembah patung dan doa untuk 1 anak.
Bile dia dilahirkan die tidak penah menangis mahupun buka mat. So Orang kampung pun ingat dia dah mati dan ignore kuarga itu. Hampir setahun dia tidak bergerak.Ibu die sakit teruk sebab susukan dia. Satu malam bapanya bangun, dan terkejut anak die dah kat patung berhala. Bapa die panggil 1 kampung tapi tiada reaction dari Dajjal. So orang kampung ingat bapak die tipu. 2-3 malam jadi macam itu lame orang kampung fedup dengan kuarge dajal, lalu mereka bunuh ibu bapanya dengan kejam. So, dajal kecik-kecil sudah menyusahkan ibu bapanya.
Dajal ini campuran Air Mani Manusia,jin,syaitan.

Allah menunjukkan sifatnya yang Maha hebat yang mana Nabi Musa a.s telah hanyut menentang arus dan tiba ke istana firaun dan di jaga oleh firaun sendiri selaku sejahat-jahat makhluk dan akhirnya menjadi seorang Nabi yang berakhlak mulia manakala si mata cacat yang juga di kenali dengan nama Samiri telah hanyut ke sebuah pulau dan dijaga oleh malaikat Jibrail yang tinggi darjatnya dan si Samiri akhirnya menjadi satu makhluk yang paling jahat dan dahsyat! Lebih jahat daripada Firaun!Namrud! dan Qarun!


Maka membesarlah Samiri di pulau tersebut(pulau apa aku tidak tahu) dengan bahagianya,malaikat jibrail dan penjaganye (makhluk berbulu) telah mengajar hikmat-hikmat yang begitu istimewa kepada Samiri ini. Penjaga dia dan Malaikat jibril akan ulang alik tengok-tengok dia dan sampaikan berita dari Allah. Die blajar semua ilmu masa dekat pulau itu.
Ade 7 batu yang tercatat ilmu d anMalaikat Jibril dan Makhluk Berbulu itu yang terangkan satu persatu.Setelah bertahun-tahun die pun abis belajar 7 batu itu.Allah beri 2 pilihan. Same ada nak jadi Raja yang agung melebihi Iskandariah atau nak jadi Tuhan.
Dia pilih jadi tuhan lalu tinggalkan pulau itu.

Apabila dia tiba ke dunia luar dia telah berjumpa dengan Nabi musa dan begitu kagum dengan hikmat-hikmat(mukjizat-mukjizat) Nabi musa lalu telah membuat keputusan untuk menjadi pengikut Nabi Musa.

Akhirnya apabila Nabi Musa telah selamat ke sebuah dataran dan firaun serta bala tenteranya telah musnah dalam laut. Nabi Musa telah pergi mengasingkan diri selama 30 hari di bukit Tursina.


Akhirnya apabila Nabi musa telah selamat ke sebuah dataran dan firaun serta bala tenteranya telah musnah dalam laut…Nabi Musa telah pergi mengasingkan diri selama 30 hari di bukit Tursina.

Bukit Tursina Sekarang


Dalam keadaan begitu si samiri ini telah mengambil peluang untuk menjadi pemimpin yang mana dengan ilmu dan hikmatnya yang di pelajari dari malaikat jibrail telah mencipta sebuah patung lembu emas yang boleh bergerak-gerak.


Untuk pengetahuan kanda kaum Bani Israel ini sebelum kedatangan Nabi Musa a.s adalah penyembah patung lembu. Maka kerana itulah mereka-mereka ini begitu mudah menjadi murtad. Walhal mereka telah banyak menyaksikan keajaiban-leajaiban langit seperti laut terbelah, ular raksasa besar, lautan darah dan lain-lain, kerana itu dakwah melalui keramat atau benda yg pelik=pelik adalah bukan sunnah Nabi, Nabi muhammad s.aw sendiri pernah belah bulan depan Abu Jahal tapi tidak terkesan sedikitpun.

Apabila cukup 30 Hari Nabi Musa belajar iman di bukit Tursina, maka Allah telah bagitahu pada Musa a.s. bahawa kaumnya sedang murtad dan Nabi Musa perlu tambah masa selama 10 hari lagi untuk dapat kekuatan menentang orang yang murtad.



Apabila Nabi Musa pulang, terus ditariknya janggut Nabi Harun dan marah-marah, dan berlakulah perperangan antara pengikut Nabi Musa dan Samiri… (yang ni ada cerita dalam al-Quran)..Akhirnya Nabi Musa telah berjaya mengalahkan Samiri tetapi tidak dapat membunuhnya. Samiri berkata hanya Nabi Isa a.s yang boleh membunuhnya. Maka setelah di ketahui oleh samiri bahawa tidak lama nanti akan lahir Nabi Isa a.s maka lari dan pulanglah si Samiri ke pulau asalnya.


Dan akhirnya dia telah di berkas dan di rantai oleh malaikat dan telah berubah sifat dirinya menjadi makluk huduh lagi buruk…Dan tinggallah dia di pulau itu sampai sekarang. Satu hari seorang pelayar telah terdampar ke pulau itu dan berpeluang bertemu Samiri yang berupa makhluk raksasa.(ada dalam kitab hadith)


Maka apabila pelayar ini yang bernama Tamingdari r.a berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, dan bercerita tentang mahluk yang dijumpainya itu. Maka Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkanya.itulah DAJJAL. Nama baru setelah melanggar sumpah sama macam iblis nama baru setelah ingkar dengan Allah subhanahuwataala…

Wallaualam…

Kredit to Warfeel..

About Me

My Photo
[جهاد Cr3w]Faizul™
View my complete profile

Great people

My playlist